Kolej Komuniti Teluk Intan telah mula beroperasi sejak 2001.
Kolej Komuniti Teluk Intan merupakan sebuah institusi pendidikan kerajaan di bawah Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Pada awal penubuhan kolej ini, kolej ini beroperasi di SM Teknik Seri Manjung sementara menunggu bangunan tetap siap sepenuhnya.
Pengambilan pelajar pertama oleh KKTI adalah pada 4 Disember 2001 bermula dengan Sijil Multimedia Kreatif (Animasi)
Selain kursus sepenuh masa, Kolej Komuniti Teluk Intan juga menawarkan pelbagai program kursus pendek yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat setempat bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti kerja peserta kursus pendek terbabit.