Pilihan

Warna:
Menu:
Tulisan:
expand

 

Thursday, February 23, 2012
  • PILIHANRAYA JPP SESI 2012
  • PROGRAM BAKTI MURNI

By Plimun Web Design

Perutusan Pengarah

 

 

 

"Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung laman web Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI). Kesudian saudara-saudari melawati laman web ini amat dialu-alukan. Seiring dengan ledakan era teknologi maklumat di Alaf 2000 telah mencetuskan ilham pihak KKTI untuk mewujudkan laman web tersendiri. KKTI sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang terkenal di Malaysia ingin turut serta dalam arus kemajuan ini dengan mengambil inisiatif mewujudkan laman web ini. Laman web ini diwujudkan dengan tujuan memudahkan orang ramai mengenali dan mendapat gambaran sebenar tentang KKTI dengan lebih jelas.

KKTI menyemai cita-cita dan azam untuk menjadi sebuah institusi utama dalam memberi latihan kemahiran dan hub pembelajaran sepanjang hanyat kepada komuniti setempat. Bagi merealisasikannya, beberapa perkara yang perlu dimainkan oleh semua warga KKTI iaitu mempermudahkan akses dan latihan kemahiran , menyediakan program latihan kemahiran yang progresif, mewujudkan dan memupuk budaya keusahawanan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan memperluaskan kolaberasi dengan pihak luar.

Setelah sekian lama menyumbang bakti menghasilkan guna tenaga bagi negara, KKTI akan terus berusaha memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sejajar dengan gelombang kemajuan yang dialami negara. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara KKTI akan terus melahirkan graduan yang berkualiti dari pelbagai segi terutamanya akademik dan ko-kurikulum. Graduan KKTI juga dititikberatkan dengan sahsiah yang tinggi supaya mampu merenangi arus perkembangan serta komited untuk menyahut seruan dan cabaran di Alaf 2000 yang begitu mencabar dan getir. Harapan saya agar laman web KKTI ini mampu memberikan maklumat yang berfaedah kepada para pengunjungnya."

"En. Ahmad Rizal bin Haji Omar
Pengarah Kolej Komuniti Teluk Intan"

Pautan Kerajaan

button 1malaysia button iim button jpa button jpkk
button mampu button mof button mohe button mqa
button msc button mygovt button myideas button spp

 

Hubungi Kami

Kolej Komuniti Teluk Intan,
10-20, Persiaran Intanova, Taman Intanova,
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kami Di Sini

Aplikasi Atas Talian

email esis hrmis i-pelajar
i-staf idbms lhdn ptptn
  anm logo muat turun  
Scroll to Top