Pilihan

Warna:
Menu:
Tulisan:
expand

logo 

Sunday, May 20, 2012

Kemudahan & Prasarana

Kemudahan-Kemudahan Lain

Dewan Kuliah:

Terdapat 6 buah dewan yang berfungsi sebagai dewan kuliah :
dewan kuliah 

  • 1 dewan serbaguna (menampung sehingga 90 orang)

Setiap dewan disediakan dengan alat pembesar suara, pendingin udara dan peralatan lain yang boleh membantu pengajaran/pembelajaran.

  • 1 buah

 Bilik Kuliah:

  • 4 buah bilik kuliah yang setiap satu dapat menampung 30-40 orang pelajar bagi tujuan kuliah kecil.  Bilik ini juga dilengkapkan dengan peralatan OHP, pembesar suara dan berhawa dingin.

Bilik Studio:

Sejumlah 29 buah bilik tutorial disediakan di kampus .  Setiap bilik boleh menampung 20-30 pelajar pada satu-satu masa.  Semua bilik berhawa dingin dilengkapkan dengan alat OHP dan papan putih.

Makmal Komputer:

6 buah makmal komputer disediakan di KKTI.  2 buah makmal dikhususkan untuk pelajar yang mengikuti pengajian  animasi sementara 2 buah lagi adalah untuk kursus senibina dan bakinya untuk unit pengajian am.  Turut disediakan ialah alat-alatan bantuan mengajar seperti OHP, papan putih dan peralatan LCD serta berhawa dingin.

Bilik Penyuntigan Audio dan Visual:

Sebuah bilik suntingan multimedia telah dibangunkan untuk kerja-kerja pembangunan produk multimedia.  Ia dilengkapi dengan komputer berprestasi tinggi yang berupaya mengedit audio dan video.  Kelengkapan lain yang disediakan ialah set TV, mixer, kamera digital dan lain-lain alat yang berkaitan.

Bilik Komputer dan Rangkaian:

Bengkel komputer ini terletak di bangunan utama bagi pelajar melaksanakan kerja-kerja praktikal membaiki dan memasang komputer dan rangkaian seperti kehendak kurikulum berkenaan.

Makmal Bahasa:

Sejumlah 3 buah makmal bahasa yang setiap satu boleh menampung penggunaan 30 orang pelajar pada satu-satu masa terdapat di kampus KKTI.  Makmal ini dikhususkan untuk pengajaran bahasa Arab, bahasa Inggeris dan lain-lain kursus pengajian yang memerlukannya.  Kemudahan yang disediakan di setiap makmal bahasa ini adalah selaras dengan teknologi terkini lengkap dengan peralatan audio visual.

Perpustakaan:

KKTI  mempunyai sebuah perpustakaan yang berfungsi menyokong program pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.  Perkhidmatan yang disediakan adalah seiring dengan perkembangan dan ledakan teknologi maklumat masa kini.

Pautan Kerajaan

button 1malaysia button iim button jpa button jpkk
button mampu button mof button mohe button mqa
button msc button mygovt button myideas button spp

 

Hubungi Kami

Kolej Komuniti Teluk Intan,
10-20, Persiaran Intanova, Taman Intanova,
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

No Telefon : 05-6222134
No Fax :  05-6222136

admin@kktin dot edu dot my

Kami Di Sini

Aplikasi Atas Talian

email esis hrmis i-pelajar
i-staf idbms lhdn ptptn
  anm logo muat turun  
Scroll to Top